Wednesday 27 March 2013

Pokok dan Akar Tunjang - Manusia dan Iman.


Pokok dan Akar Tunjang - Manusia dan Iman.



Salam semua.



Tiada akar tunjang.


Batang pokok tumbang
melentang di atas muka bumi.


Pokok ini tumbang ke dalam sungai kerana berdirinya di sini tanpa cengkaman akar tunjang.

Demikianlah nasib pokok yang hidupnya tanpa akar tunjang, berdirinya kelihatan kukuh, segak dan hebat tetapi cengkamannya amat longgar dan lemah, apabila dipukul ribut batang pokok, dahan, ranting dan daunnya tumbang sujud ke tanah. Kelihatan pada permukaan sama sahaja sama ada pokok itu berakar tunjang atau tidak berakar tunjang kerana akar tersembunyi di dalam tanah di bawah pokok berkenaan. Akar tunjang di dalam kehidupan pokok sangat penting untuk mempertahankan kedudukannya sebagai pohon pokok yang hidup dan berdiri tegak selama ratusan tahun seperti pokok tualang, jati dan lain-lain kerana pokok memerlukan kekuatan fizikal untuk meneruskan hidupnya, Demikianlah tabie yang Allah berikan kepada pokok.

Manakala manusia memerlukan fizikal dan rohani, fizikal memerlukan makanan yang halal dan baik bagi menjaga ketahanannya.

Rohani pula memerlukan ilmu yang mampu memandu ke arah kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat. Ilmu tersebut bukanlah ilmu ciptaan manusia tetapi ilmu yang datang dari Allah ( ilmullah ). Iaitu ilmu yang diwahyukan Allah kepada Rasul-Nya. Di dalam ilmu mengandungi Iman, Islam dan Ihsan. Rangkuman dan kesepaduan tiga perkara inilah memberi kekuatan dan ketahanan kepada manusia, inilah tunjang kehidupan manusia. Di antara manusia yang berilmu dengan orang yang tiada berilmu kalau dilihat pada zahirnya sama sahaja kerana ilmu itu berada di dalam dada dan tersembunyi di dalam ingatan akal manusia berkenaan. Pada hakikatnya orang berilmu dan orang yang tidak berilmu perbezaannya sangat jauh. Mereka itu tidak sama. Allah mengangkat darjat orang berilmu ke tempat yang mulia dan dihormati.

Iman berarti tasdiq atau membenarkan di hati, mengucapkan dengan lidah dan melakukan dengan perbuatan terhadap suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Islam ialah sejahtera iaitu perbuatan menunaikan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya - inilah situasi sejahtera yang dimaksudkan.

Ihsan ertinya ijadah, maksudnya memperelokkan ibadat.Iaitu melakukan ibadat kerana terasa dihati suatu tuntutan Allah yang amat kuat untuk melepaskan tanggungjawab terhadap-Nya. Maka seseorang itu akan beribadat dalam keadaan terasa seolah-olah dia melihat Allah atau dia terasa seolah-olah Allah melihatnya. dalam situasi yang lain 
sekurang-kurangnya beribadat kepada Allah kerana tuntutan taklif ke atasnya dengan melakukannya mengikut syarat-syarat dan rukun-rukunnya.

Darjat atau maqam ibadat adalah seperti berikut:Pertama:
Beribadat dalam keadaan terasa seolah-olah dia melihat Allah . ( Maqam Mukasyafah )

Kedua:
Beribadat dalam keadaan terasa Allah melihatnya. ( Maqam Muraqabah )

Ketiga:
Beribadat untuk melepaskan tanggungjawab ke atasnya dengan syarat-syarat dan rukun-rukunnya. ( Maqam sekadar tuntutan taklif )

Ihsan merupakan penimbang atau neraca menimbang pekerjaan hati dan anggota serta perbuatan. Ianya berperanan sepanjang masa.

Kombinasi tiga perkara di atas dalam bentuk qasad di hati, ucapan di lidah dan perbuatan itulah akar tunjang bagi seseorang Islam.

KKKEEESSSIIIMMMPPPUUULLLAAANNN

Iman,Islam dan Ihsan bolehlah diibaratkan seperti berikut, Iman umpama tapak, Islam sebagai binaan dan Ihsan sebagai susunatur binaan untuk kecantikan dan kesempurnaan binaannya.

KKKEEESSSIIIMMMPPPUUULLLAAANNNOrang Islam tidak semestinya mukmin
dan
orang mukmin semestinya Islam.



Sekian. Allah Maha Mengetahui.Wassalam.

No comments:

Post a Comment