Wednesday 27 March 2013

Berbohong sifatnya beranak-pinak.


Berbohong sifatnya beranak-pinak.

Salam semua.

Berbohong sifatnya beranak-pinak.

Berbohong atau berdusta sifatnya tidak statik, sebaliknya beranak-pinak dan berkembang luas, Sebagai contoh; jika seorang pelajar yang ponteng sekolah membohongi gurunya bahawa beliau tidak ke sekolah kerana sakit perut dan apabila ditanya tempat beliau mendapatkan rawatan, mungkin beliau menyambung pembohongannya dengan memaklumkan kepada gurunya bahawa beliau mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran dengan rumahnya dan berbagai lagi cerita dan alasan diberikan kepada gurunya untuk meyakin yang beliau memang sakit perut, semua alasan itu adalah anak-pinak pembohongan tersebut. Pada mulanya berbohong bahawa beliau sakit perut , kini pembohongan itu telah berkembang luas.

__________________________________________

ISLAM MELARANG PENGANUTNYA BERBOHONG.

Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati(alqalb).

(Maksud Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
__________________________________________
Berbohong juga mempunyai statusnya yang tersendiri, terdapat pembohongan yang mampu mengukir sejarah, jika cerita pembohongan itu dibukukan akan menjadi lebih gah lagi pembohongan tersebut, sudah tentu akan dibaca pula oleh ahli masyarakat berkenaan selagi buku itu di dalam pasaran.

Walau apa jenis pembohongan sekali pun, sama ada pembohongan kampung-kampungan, glokal atau global. Seseorang itu mustahil dapat membohongi dirinya sendiri, oleh itu pembohong itu tetap menyedari bahawa beliau berbohong. Diri sendiri mungkin berusaha untuk menjadikan pembohongan itu sebagai kenyataan atau apa yang diketengahkan itu persis realiti, usaha itu adalah sia-sia, sekiranya dapat mempengaruhi semua orang sekali pun, diri sendiri tetap tidak boleh dibohongi
.

Apa pun yang berlaku pada diri semuanya berpunca dari jantung hati ( qalb )

Sekian...wallahu aklam.












No comments:

Post a Comment