Wednesday 27 March 2013

Aurat.


Aurat.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Selamat pagi tengah hari siang petang malam untuk semua manusia di  alam semesta ini yang hidup sahaja. Hehehe....... Adakah anda boleh membaca tajuk post saya dengan baik? Dengan baik bermaksud. Pandai baca. Faham. Dan mengerti. Okay? So, let see apa itu definisi aurat itu sendiri. Maksud Aurat dari segi bahasa:Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong  jalan di bukit. Okay, faham tak? Kalau tak faham lagi. Meh saya bagi faham k. Aurat itu dalam Islam adalah bahagian-bahagian badan manusia yang HARAM sama sekali jika ditunjukkan.dibuka.ditayang.dipertaruhkan etc samada diri sendiri mahupun orang lain kepada orang yang bukan muhrim(bukan ahli keluarga/sesiapa yang biasa terlihat). Jadi, BERDOSA BESAR jika perkara haram kita lakukan. Kan? Kita belajar dan tahu ianya haram, tetapi masih buat. Sekarang, kita dah tahu apa bahagian-bahagian aurat kan? Takpe. Nak bagitahu lagi. Supaya anda tidak lupa dan alpa. 

Wanita:- 

Hampir keseluruhan tubuh badannya KECUALI muka dan pergelangan tangan. Bukan lengan k. Suara pun aurat jika dilentokkan.disedapkan.dilunakkan.dimerdukan.dimanjakan. Pada mereka yang bukan muhrim.

Lelaki:- 

Bermula daripada bahagian pusat depan belakang. Sehinggalah paras lututnya. Ingin keluar berjalan-jalan tanpa memakai baju tapi menutup aurat? Tidak mengapa. Tetapi jagalah juga penampilan tu.

Okay sekarang kita dah tahu mana yang bahagian tu tidak boleh sama sekali dipertontonkan kepada mereka yang bukan muhrim. Jadi apa lagi, bergerak selo selo. Haha slow slow untuk ke arah kebaikan. Jika ada orang tu kata kita ni terlampau alim. Pedulikan. Actually, tiadapun istilah tersangat alim.terlampau alim.sangat alim etc. No! Hanya ada ALIM&WARAK. Itu sahaja. Bagi yang wanita memang susah.sukar sangat untuk menutup aurat kerana wanita ini sensitif kepada peredaran masa. Berbanding lelaki. Lihatlah kepada keadaan zaman sekarang, akak tu pakai tudung belit belit adik tu pun nak pakai tudung belit belit. Belit belit tu takpa lagi. Ni kang pendek dan jarang. Kalau baru nak insaf takpa. Ataupun didikan agama kurang takpa. Tapi dia dah lama sangat berkecimpung dalam kerjaya memakai tudung belit jarang dan pendek. 


Bagi yang lelaki pula dah la mudah nak menutup aurat, tapi............. Kenapa masih ada yang tidak menutup aurat? Contohnya main bola. Pakai seluar pendek bukan main. Hak masing masing? Hahaha. Jika suatu hari nanti kamu mati adakah kubur kamu, kamu gali sendiri? Kihkihkih. Fikirkanlah renungkanlah. 


Eh nak tahu tak? Bermekap juga Haram okay! Macam tak percaya kan? Pakai je lipstick bagi yang wanita sahaja. Lipstick yang bukan main jelas warnanya. Boleh dikatakan aurat juga. Kerana ia mampu menarik perhatian lelaki. Wanita lain juga untuk melakukan perkara sama iaitu dosa. Maafkan saya jika terkasar bahasa. Kita sebagai umat Islam kenalah saling ingat mengingatkan sesama sendiri. Jangan takut. Jangan pentingkan diri sendiri. Mekap ni hanyalah sunat apabila di hadapan suami. Cantik ini juga sunat di depan suami. Semuanya suami.......... Bukannya untuk lelaki di pasar malam. Tempat kerja etc. Ingatlah ye tak kira la lelaki atau wanita. Jagalah auratmu. Sesungguhnya ia dapat mencegah daripada berlakunya kemungkaran. Pernah sekali saya menghadiri satu kursus kecemerlangan remaja di UIA. Ada seorang manusia ni of course perempuan. Dia kata sebelum dia jadi apa yang dia jadi sekarang, dia bertudung labuh seperti muslimah sejati. Tetapi setelah dia menceburi bidangnya sekarang, dia makin memendekkan tudungnya dek kerana kerap menghadiri event event yang melibatkan orang kenamaan terkenal dan glamour. Jadi tudung itu perlu mengikut trend. Oh tidak. Dengar sahaja dia bercakap, saya sudah tidak mahu dengar lagi. Mengapa? Kerana statement yang dikeluarkan tidak berasas langsung. Adakah ini perangai ORANG DEWASA? Jadi berilmu. Bukan dewasa. Faham? 


Secara kesimpulannya ada dibawah :-) 




sumber google images.

sumber facebook account.

sumber google.com

Pakaian terbaik bagi muslimah. Haa kan ayu dan sedap mata memandang ataupun sebenarnya! Hidup di dunia ini hanyalah untuk beribadah sahaja. Bukannya nak cantik ke apa ke. Eh even ada perempuan lagi cantik daripada seorang perempuan ni mampu menjadikan kes gaduh ataupun bunuh membunuh tau. Bukan nak mengelakkan lelaki usik je. Contohnya:-

A: eh B, awak ni cantiklah. Kulit licin halus mulus. Mesti ramai peminat.
B: Em. Takdelah biasa je. Saya hanya manusia biasa.
C: "dia kulit licin. Aku?"
A: Malu malu pula. Dah cantik. Baik pula......
B: Ehehehe ye terima kasih terima kasih.
C: *sebenarnya dah jealous. Cuma disorokkan perasaannya.*

See, pernah alami atau nampak situasi tu? Saya sendiri pernah mengalami. Dan pasti ada ramai lagi yang pernah mengalaminya. Jangan........ Kalau dia cantik. Diam diam je. Yang menjadikan dia cantik/buruk adalah Allah swt. Kalau jealous pasal pelajaran takpe. Pasal prestasi kerja ke kan. Takpe. Ni kan pasal kecantikan. Takkan nak buat plastic surgery ataupun berhabis beribu ribu berjuta juta or infinity :p untuk wajah dan badan sahaja. Allah dah bagi takat tu. Terima jelah. Ye? Syukuri........ Itulah kecantikan yang secantiknya. Fikirlah. Di syurga nanti kita dapat wajah cantik juga. Jadi bidadari/putera kat syurga lagi. Wah wah. Suka tak suka tak? One more thing. Muslimah, tahu tak apa maknanya? Wanita Islam. Sesiapa yang bergelar Islam. Mengaku dia Islam, itulah gelaran yang sesuai baginya. Bukannya wanita Islam yang pakai niqab/tudung labuh/baju longgar. Ianya untuk SEMUA wanita Islam. Faham? Pandai........ Hehehe. Untuk lebih jelas tentang aurat lihat di sini IluvIslam.

Saya rasa dan memang sampai sini sahaja nota ringkas untuk aurat. Jangan risau. Jika banyak dosa kecil besar. Jangan kumpul. Hapuskan. Macam mana? Taubat Nasuha. K? Istiqomah meminta ampun daripada Allah swt. Sentiasa berbuat baik. Jangan takut akan kata orang lain. Biarkan dia. Dia masuk neraka kita masuk syurga. Nak mana? Jangan asyik tangguh tangguh ye :-) Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. 

No comments:

Post a Comment