Wednesday, 27 March 2013

Amalan-amalan Membawa ke Syurga


Amalan-amalan Membawa ke Syurga



Syurga merupakan tempat idaman setiap mukmin yang dijanjikan oleh Allah untuk hambaNya yang mengesakanNya serta mengabdikan diri kepadaNya dengan penuh merendah diri. Kita hanya dimasukkan ke syurga hanya dengan rahmat Allah SWT. Untuk memperolehi rahmat Allah ialah dengan beramal soleh sebagaimana sabda Rasulullah saw dalam satu hadis qudsi yang bermaksud :

Artinya: "Aku siapkan bagi hamba-hamba-Ku yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak pernah terbetik di dalam hati manusia. Ia membenarkan firman Allah SWT:

"Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat)yang menyedapkan pandangan mata sebagai ganjaran terhadap apa yang telah mereka kerjakan.( Muttafaq Alaih)

Antara amalan-amalan yang membawa seseorang ke syurga berdasarkan hadis-hadis Nabi saw ialah :

1. Puasa

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Di dalam Syurga terdapat lapan pintu,terdapat sebuah pintu yang bernama al-Rayyan, tidak ada seorangpun yang memasukinya kecuali orang-orang yang berpuasa". (Imam al-Bukhari dan Muslim)
2. Solat, Jihad dan Sedekah.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menafkahkan dua barang di jalan Allah maka akan dipanggil dari pintu-pintu syurga, wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan. Barangsiapa yang termasuk ahli shalat maka ia akan dipanggil dari pintu shalat, siapa yang termasuk ahli jihad maka ia akan dipanggil dari pintu jihad, siapa yang ahli puasa maka ia akan dipanggil dari pintu ar Rayyan dan siapa yang ahli shadaqah maka ia akan dipanggil dari pintu sedekah"(al-Bukhari dan Muslim)

3. Berwuduk dengan sempurna kemudian berdoa 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Tidaklah seorang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya kemudian ia mengucapkan: (Aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya) kecuali dibukakan untuknya pintu syurga yang lapan, dia dapat memasukinya dari mana pintu yang dikehendakinya". ( Abu Daud disahihkan oleh Al Albani di dalam Shahih Abi Daud, no: 169)


4. Wanita yang menjaga shalat lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suaminya

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Jika seorang wanita menjaga shalat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya; masuklah syurga dari pintu-pintunya yang engkau kehendaki". (riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Al Albani di dalam Shahihul Jami', no: 160)

5. Ibu kematian tiga anaknya yang belum baligh

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Tiada seorang muslim yang meninggal dari anaknya tiga orang yang belum baligh kecuali mereka akan menemuinya dan ia akan masuk dari pintu syurga yang delapan dari mana saja yang ia kehendaki". ( riwayat Ibnu Majah dan dihasankan oleh Al Albani di dalam Shahihut Targhib wat Tarhib, no: 1993.)

Demikian hadis-hadis yang menerangkan beberapa amalan yang menyebabkan seseorang itu akan dimasukkan ke dalam syurga. Semoga Allah membimbing kita agar dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment