Wednesday 27 March 2013


Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini dalam sejarah,  mendengar khabar seorang senior kampus yang sudah jauh melangkah dari landasan agama, membuat saya istighfar dalam hati. Membuat saya berdoa untuk dijauhkan dari ujian ini. Membuat saya buntu, apa yang aku nak buat ni?
“Nak biarkan je ke..?” Biarkan?
Tapi takut kalau2 diri sendiri yang Allah minta pertanggungjawaban. Apa nak jawab depan Allah nanti if tak cegah kemungkaran.
Dia seorang insan yang dikagumi ramai satu masa dulu. Dengan kepimpinan yang dirinya ada. Menerajui wasilah yang ada di dalam kampus untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar. Tapi dirinya juga seorang manusia dan hamba yang lemah. Hati ini berasa kasihan. 
Astaghfirullah, na’zubillah.
Berikan aku kekuatan untuk sekurang-kurangnya membantu insan ini.
Guys, peliharalah hidayahmu!
Sahabat2, jika Allah telah memberikan kekuatan kepada kita untuk berhijrah.. Peliharalah nikmat Allah itu. Istiqamahlah dengan perubahan.
Bagaimana?
Konsistenlah dengan mutabaah. Konsistenlah dengan ibadah. Kerana sebenarnya itulah kekuatan dan Allahlah sebaik2 pelindung dan pemelihara.
Bagaimana mungkin Allah melindungi kita, jika hak-hak Allah tidak kita jaga.
“..jaga lah Allah, Allah akan menjaga kamu..” -Hadis 19 dalam Matan Arba’in
Rujuklah sahabat-sahabat. Luahkan perasaanmu kepada mereka. Mungkin mereka boleh membantu. Seorang sahabat yang baik bukan sahabat yang datang sewaktu senang, tapi mereka yang hadir juga sewaktu kamu susah. 
Kekalkan suasana biah solehah, kerana biah itu akan membantumu untuk terus istiqamah dengan perubahan kamu.
Di saat diri terasa lemah, istighfar! dan kembalilah semula kepada Allah dengan solat, bacaan al-Quran dan mathurat yang mungkin telah lama engkau tinggalkan.
Banyakkan berdoa kepada Allah untuk kita mapan dengan hidayah Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Takutlah kepada Allah. Haraplah cinta Allah. 
Jangan kita berharap dan takut pada manusia. Kerana manusia akan pergi, Allah yang abadi.
Pesanan di atas untuk diri saya sebenarnya. Moga kita kekal dalam hidayah-Nya.
Salam kasih sayang.

No comments:

Post a Comment