ISLAM
MEMPERSEMPITKAN YANG HARAM DAN MELUASKAN YANG HALAL
FATIMAH
SYARHA ● SUNDAY,
11 SEPTEMBER 2011
|
Apa
yang Allah haramkan sebelum kahwin, sekejap saja. Sabarlah sekejap! Dah
kahwin nanti, yang halal amatlah luas. Yang halal lebih indah kerana
benaungkan redha Allah.
|
Soalan:
Assalamualaikum WBT,
Akak, apa pandangan akak pada tudung shawl ni? Tentunya apabila singkat, ia sudah pasti salah. Apabila yang labuh, shawl ini bertujuan mengikut arus fesyen kini.
Seolah-olah, muslimah kita tidak pernah bebas dari rasa ingin bergaya. Tidak senang andai diri tidak sama dan tidak ikut fesyen semasa. Bagaikan, satu kewajipan untuk ikut serta bersaing antara satu sama lain.
Saya kurang setuju, kerana sekalipun menutup aurat, bersaing sebegini, bagaikan menuju ke arah tabarruj pula.
Sedangkan, mereka yang memakai tudung labuh, BEBAS dari semua ini. Tidak dinafikan juga bagi mereka yang bertudung menutup dada namun tidak bertabarruj.
Apa pandangan akak?
p.s: Sehingga ke hari ini, saya mempunyai halangan yang besar untuk bertudung labuh. Hanya boleh mengenakan selendang berkain tebal dan labuh menutupi dada. Doakan saya semoga halangan yang satu itu boleh dikendalikan sebaiknya :-(
Akak, apa pandangan akak pada tudung shawl ni? Tentunya apabila singkat, ia sudah pasti salah. Apabila yang labuh, shawl ini bertujuan mengikut arus fesyen kini.
Seolah-olah, muslimah kita tidak pernah bebas dari rasa ingin bergaya. Tidak senang andai diri tidak sama dan tidak ikut fesyen semasa. Bagaikan, satu kewajipan untuk ikut serta bersaing antara satu sama lain.
Saya kurang setuju, kerana sekalipun menutup aurat, bersaing sebegini, bagaikan menuju ke arah tabarruj pula.
Sedangkan, mereka yang memakai tudung labuh, BEBAS dari semua ini. Tidak dinafikan juga bagi mereka yang bertudung menutup dada namun tidak bertabarruj.
Apa pandangan akak?
p.s: Sehingga ke hari ini, saya mempunyai halangan yang besar untuk bertudung labuh. Hanya boleh mengenakan selendang berkain tebal dan labuh menutupi dada. Doakan saya semoga halangan yang satu itu boleh dikendalikan sebaiknya :-(
Jawapan:
Adik yang disayangi fillah,
Mari kita teliti mana yang lebih hikmah dalam gaya dakwah
berikut:
a) Tabarruj:
a) Tabarruj:
1. Mengkritik muslimah yang berfesyen sebagai
bertabarruj dan melabel dia sebagai orang yang berdosa atau membuat kesalahan.
(Atau)
2. Memahami bahawa tabarruj itu haram tapi
‘maksud’ tabarruj itu diperselisihkan oleh para ulama[1]. Tidak
memaksakan orang lain mengikut ‘maksud’ yang kita faham kerana ‘maksud’ yang
kita faham itu mungkin berat bagi orang lain. Menghargai perselisihan dalam
masalah ini tetap dalam daerah pahala.
b) Fesyen:
1. Memperleceh muslimah yang bergaya dengan shawl dan
sebagainya sebagai mengikut-ngikut arus fesyen, berprasangka buruk bahawa niat
hatinya untuk bersaing bukannya untuk Islam, dan menganggap industri fesyen itu
haram.
(Atau)
3. Memahami bahawa muslimah itu melakukan sesuatu
yang harus kerana tiada dalil haram terhadap pilihannya itu. Menganggap asal
hukum bagi dunia fesyen adalah harus. Daripada sekadar mengkritik keterukan
fesyen yang dicipta pada hari ini, dia tampil memberikan alternatif bagaimana
fesyen-fesyen muslimah yang masih melepasi syarat-syarat dan batasan-batasan
sebagai gaya dakwah bil hal (dakwah dengan contoh tauladan).
Fatwa Berat atau Fatwa Mudah Pilihan Hati?
Kita terbiasa dengan fatwa-fatwa yang berat berkenaan masalah
wanita selama ini kerana kebanyakan para ustaz yang baik yang sudi mengajar
kita itu terbiasa merujuk terus fatwa-fatwa lama dan kurang memerhatikan fiqah
perbandingan (fiqh muqaran)dan fiqah kontemporari (fiqh mua’shirah) . Alhamdulillah, sejuta penghargaan buat
mereka kerana ijtihad para ulama masih dalam daerah pahala.
Akak lebih menemui ketenangan beragama, kemudahan beramal,
keindahan toleransi , kekuatan penyatuan dan kehalusan seni dakwah dalam fatwa
dan ijtihad ulama-ulama muktabar kontemporari dalam masalah-masalah wanita.
Khususnya para ulama muktabar itu ialah dari kalangan mereka yang bermanhaj
pertengahan seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah Zuhaili, Syeikh Abdul
Karim Zaidan, Syeikh Said Ramadhan al-Buthi dan seumpamanya. Kebanyakan mereka
lahir dari tarbiyyah (didikan) Ikhwanul muslimin. Seperti juga para ulama yang lain, mereka berijtihad dengan ilmu
bukan dengan nafsu.
Syukur sangat kerana golongan ulama muktabar ini mendedahkan
suatu kefahaman dan tafsiran Al-Quran dan hadis yang membuatkan ummah berasakan
Islam itu benar-benar mudah dan praktikal untuk diamalkan. Yang halal amat luas
sebaliknya yang haram amat sempit dalam Islam. Allah mempersoalkan kita di
akhirat nanti berdasarkan ilmu dan kefahaman kita. Oleh sebab itu, bagi mereka
yang tetap ingin berpegang dengan fatwa-fatwa yang berat, silakan. Tiada
masalah. Tapi perlu bersedia beramal dengan fatwa-fatwa berat yang dipegang itu
kerana Allah bakal mempersolkan seseorang berdasarkan apa yang kita pegang.
Contohnya, bagi mereka yang berpegang dengan fatwa bahawa hukum
asal purdah itu adalah wajib, maka wajiblah baginya menutup wajah.
Wajiblah baginya tidak meletak gambar ‘wajah’ di facebook meskipun untuk tujuan
dakwah bil hal (dakwah dengan contoh tauladan). Wajiblah
baginya makan nyorok-nyorok masa kenduri-kendara, bimbang nanti ternampak
wajahnya. Wajiblah baginya tidak mencari pekerjaan yang mewajibkannya
membuka wajah. Dan banyak lagi implikasi ‘pegangan seseorang’ dalam
praktikaliti hidupnya. Sebaliknya, bagi mereka yang berpegang hukum asal purdah
cuma harus, maka dia mempunyai kebebasan untuk berpurdah atau tidak berpurdah
mengikut keperluannya. Hatinya tenang dan tidak diburu rasa berdosa kerana dia
cuma mengikut ijtihad jumhur ulama yang masih dalam daerah pahala, samada 1
atau 2 pahala.
Kaedah-kaedah Fiqih Khususnya Berkaitan Wanita
Kita kembali sejenak kepada manhaj fiqah dan kaedah-kaedahnya
khusus dalam isu-isu wanita. Antaranya ialah:
1. Menjadikan nas sharih (jelas) Al-Quran dan
as-Sunnah sebagai rujukan.
2. Mengaitkan nas antara satu dengan yang lain.
3. Menggabungkan antara fiqah dan hadis.
4. Menghormati ijmak yang diyakini.
5. Memilih mazhab dan mempelajari buku-bukunya.
6. Memerhatikan keadaan zaman dan lingkungan
dalam berfatwa.
7. Mempersempit yang haram dan yang wajib.
8. Bersikap moderat (sederhana, pertengahan) dan
berimbang.
9. Memperhatikan kepentingan umum.
10. Mempermudah (terutama
ketika terjadi bencana).
11. Berbicara kepada orang
lain dalam bahasa zamannya.
12. Berpaling daripada
hal-hal yang tidak bermanfaat dan menyambut baik hal-hal yang positif.
13. Memperhatikan tujuan
syariat Islam.
14. Memperhatikan fakta
(Fikih keseimbangan dan fikih prioriti).
15. Mempersempit yang
haram dan yang wajib.
16. Mempersempit yang
haram dan yang wajib.
Mempersempit yang Haram dan yang Wajib
Kaedah-kaedah di atas ada diterang secara
terperinci dalam buku Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi. Kita ambil contoh satu
kaedah, “Mempersempit yang haram dan yang wajib.” Dr. Yusuf al-Qaradhawi
mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan
tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia, terutama
dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram. Kerana kita tidak
diperbolehkan untuk memperluas yang wajib dan haram tanpa dalil, melainkan kita
harus menetapkannya dengan ketetapan nas yang shahih dan sharih (jelas) atas
diwajibkannya yang wajib dan diharamkannya yang haram, atau dengan qiyas
(bandingan terhadap sesuatu yang serupa, contoh dadah diqiyas dengan rokok)
yang jelas illatnya (sebab) terhadap nas.
Para ulama salaf sangat berhati-hati dalam
mengharamkan sesuatu atau mewajibkan sesuatu, kecuali apabila mereka memiliki
dalil yang tidak diragukan sama sekali, sebagaimana yang dilakukan mazhab
Hanafi, dan jika tidak, maka mereka menurunkan hukumnya dari darjat fardhu
kepada wajib, dan dari darjat haram kepada makruh. Sebab itu dalam perkataan
mereka sering menyebut begini contohnya, “Saya tidak suka yang begini,” tetapi
mereka tidak berterus terang mengatakan ianya haram, kecuali apabila mereka
mengetahui ada dalil yang berterus-terang mengatakannya haram. Contoh, sebelum
ayat haramnya arak diturunkan, sahabat menunjukkan sikap benci kepada arak tapi
tidak berani mengatakannya haram meskipun banyak mudaratnya dalam masyarakat.
Sehingga Allah secara bertahap menurunkan wahyu yang benar-benar mengharamkan
arak. Barulah mereka berani mengatakan arak itu haram.
Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam
benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas “kawasan
yang dimaafkan” kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul
tanggung jawab), bukan kerana lupa.
Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang beriman,
janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di
waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah
memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah maha pengampun lagi maha penyantun.
(Al-Maidah: 101).
Rasulullah SAW bersabda, “Orang Muslim yang
paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak
diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya.”
(Muttafaqun a’laih).
Baginda bersabda lagi, “Sesungguhnya Allah
telah menetapkan hukum-hukum maka janganlah kalian melanggarnya. Mewajibkan
kewajipan-kewajipan maka janganlah kalian mensia-siakannya. Mengharamkan
sesuatu maka janganlah kamu melakukannya, dan mendiamkan sesuatu kerana kasihan
kepada kalian, bukan kerana lupa maka janganlah kalian mempersoalkannya. (HR
Daruqutni dan al-Hakim, dan dia menilainya sahih. Rujuk Al-Qaradhawi, Nahwa Fiqh Muyassar).
Asal Sesuatu adalah Mubah (Harus, dibolehkan).
Prinsip awal yang ditetapkan oleh Islam,
bahawa asal segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah, baik berupa benda
mahupun manfaat, adalah halal dan mubah, dan tidak haram kecuali ada nas sharih
(jelas) yang mengharamkannya. Apabila nasnya tidak sahih, atau tidak sharih
(jelas) menunjukkan pada yang haram, maka sesuatu itu hukumnya tetap harus.
Kata Imam Asy-Syatibi,
“Tidak ada perintah kecuali dengan dalil,
apabila tidak ada dalil yang menunjukkan perintah untuk melakukannya, maka
perintah itu gugur dengannya.” (Rujuk kitab al-Muwafaqat oleh Asy-Syatibi).
Dari sinilah kawasan yang diharamkan oleh
Allah menjadi sangat sempit dan justeru kawasan yang dihalakan semakin luas dan
banyak. Hal itu tidak lain kerana nas-nas sharih yang mengharamkan jumlahnya
sangat sedikit. Sedangkan yang tidak dinyatakan halal atau haram, maka ia tetap
pada hukum asalnya, iaitu mubah (harus) dan termasuk ke dalam kawasan yang
dimaafkan oleh Allah swt.
[1] Erti tabarruj dalam fiqih al-Qaradhawi ialah: Membiarkan
anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
Ilustrasi makna tabaruj yang dilakukan
oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
·
1. Bercampur dengan lelaki
·
2. Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
·
3. Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan
aurat dan kecantikan tubuh-badannya.
No comments:
Post a Comment